Tuesday, January 19, 2010

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SK TUNJUK LAUT

SEJARAH SKTL


Sekolah ini mula ditubuhkan pada 01hb Disember 1989 dengan nama SK Tunjuk Laut (Cawangan SK Laksamana), Kota Tinggi. Segala pentadbiran sekolah ini adalah di bawah kelolaan SK Laksamana, Kota Tinggi.

Penggal pertama persekolahan telah dimulakan pada 03hb Disember 1989 di mana Encik Ahmad Kamil bin Jurimi, Guru Kanan SK Laksamana telah dilantik sebagai wakil Guru Besar bagi mentadbir sekolah ini. Pada tahun pertama persekolahan, terdapat 45 orang murid dan 5 orang tenaga pengajar.

Sekolah ini telah dinaik taraf menjadi sekolah induk pada 01hb Januari 1991.
Sekolah ini dahulunya terletak di Ladang Bukit Kelompok, Kota Tinggi. Bangunan sekolah ini merupakan bangunan sementara, di mana ianya merupakan bangunan Dewan Ladang yang telah diubahsuai. Jarak sekolah dengan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi ialah 51 KM iaitu 30 Km jalan raya (Jalan Mersing) dan 21 KM jalan ladang yang bengkang bengkok merentasi kawasan hutan dan ladang kelapa sawit.
Pada 01hb April 2002, sekolah ini telah mendapat bangunan sendiri, terletak di Ladang Pasir Panjang yang mengandungi 3 buah bangunan ( 2 blok 2 tingkat, 1 blok setingkat ) merangkumi bilik darjah, perpustakaan, pejabat, bilik sains, bilik kemahiran hidup,

bilik sukan serta bilik-bilik khas lain.
Murid-murid sekolah ini datangnya dari ladang-ladang berdekatan. Bilangan murid sekolah ini semakin bertambah dari masa ke semasa dengan adanya Skim Perumahan Bakti Ladang J-CORP. Sehingga kini terdapat 23 orang guru, 4 orang kakitangan dan 238 orang murid.
SKTL merupakan sekolah pendalaman yang menggunakan sepenuhnya tenaga elektrik daripada generator dan sumber air bawah tanah.

No comments:

Post a Comment